
Alhamdulillah, dengan limpah kurnia illahi yang memberikan rezeki yang tidak disangka-sangka, maka secara tanpa dirancang dan disangka saya telah melibatkan diri dalam bidang agro ternakan cacing ini.
Saya telah memulakan kajian tentang ternakan cacing ini sejak tahun 2006 dan setelah mengkaji dalam pelbagai aspek, maka saya telah memilih projek penternakan cacing ini sebagai satu Bidang Perniagaan yang Ingin Saya Beri Tumpuan Secara Serius.
Tidak disangka-sangka segala usaha dan idea yang diilhamkan dari illahi telah membuahkan hasil yang sangat lumayan. Saya telah berjaya menjadikan projek ternakan cacing ini sebagai satu pendapatan yang utama dalam hidup saya.
InsyaAllah saya akan berkongsi dengan tuan-tuan dan puan-puan lagi mengenai kehidupan saya bersama cacing yang telah memberikan rezeki yang lumayan kepada bukan sahaja saya tetapi kepada mereka yang diluar sana yang telah turut sama menceburi bidang penternakan cacing ini.
HOTLINE : WWW.JANGANBUANGMASA.COM TEL: 013-216-3434 HUSMAWI